Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a bahwa Rasulullah S.A.W bersabda:
“Allah
S.W.T mengutuk orang-orang menyambung rambut dan meminta
disambungkan,juga orang yang membuat tato dan orang yang dimintakan
membuat tato” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Sementara
hadis lain, Rasulullah S.A.W juga pernah bersabda: Diriwayatkan
daripada ‘Alqamah dari Abdullah bin Mas’ud r.a, katanya :
“Allah
S.W.T mengutuk orang- orang yang membuat tato sebagai hiasan, juga
orang yang meminta dibuatkan tato padanya, Orang-
orang yang mengubah dan membentuk alis matanya, juga orang-orang yang
meminta diubahkannya, orang- orang yang mengubah bentuk gigi untuk
kelihatan lebih rapi dan kemas dengan mengubah ciptaan Allah S.W.T.”
Sebenarnya
banyak hadis yang membicarakan hal ini, dengan kata lain menunjukkan
bahawa perbuatan tersebut adalah diharamkan dalam islam. Oleh
itu, para muslimah sama ada yang belum berkahwin atau yang sudah
berkahwin hendaklah menghidari perbuatan-perbuatan yang tersebut.
Kesimpulannya Untuk memudahkan pembaca untuk memahami, saya akan senaraikan
hal-hal yang diharamkan yang telah disebutkan dalam hadis tadi.
1. Mengunakan rambut palsu
2. Orang yang meminta kepada orang lain supaya rambutnya disambung dengan rambut orang lain (cemara). Atau menyambung bulu
mata agar nampak lebih panjang dan lentik.
3. Membuat tato atau menusuk badan menggunakan jarum atau pisau atau benda tajam lainnya sama ada di telapak tangan, pergelangan, di bibir atau di tempat anggota tubuh yang lain hingga mengeluarkan darah yang kemudiannya menampakkan tanda disitu. Untuk menghasilkan warna hijau pada tempat yang luka, selalunya mereka menggunakan sejenis celak ataupun sejenis pewarna yang mengakibatkan ada kesan warna hijau padanya.
4. Mencukur rambut wajah supaya kelihatan licin, hal ini dikhususkan agar kening atau rambut alis mata letaknya nampak lebih tinggi ataupun supaya nampak sama agar nama lebih cantik dan menarik. Namun dalam keadaan yang memudaratkan perkara ini diharuskan dalam islam
sekadar gambar hiasan |
6. Seorang wanita yang mengubah bulu keningnya (Al- Namisah)
Diriwayatkan oleh Al- Bukhari, Muslim, Abu Daud daripada Abdullah ibnu Mas’ud RA mafhumnya:
“Allah melaknat para wanita mentatoo dan dibuatkan tattoo, mencabut bulu kening dan meminta dicabutkan bulu keningnya, meminta
diratakan giginya, dan yang mengubah ciptaan Allah SWT.”
hati-hati.. jangan cukur kening.. HARAM!!
Kesemua yang disebutkan diatas itu
adalah diharamkan oleh islam sama ada orang yang meminta supaya
dilakukan kepadanya atau orang yang melakukan hal tersebut kepada yang
meminta kepadanya.
Begitu juga para isteri muslimah. Perkara diatas memang diharamkan. Ada sesetengah para isteri zaman ini beranggapan bila sudah kahwin,
mereka boleh mencukur kening atau sebagainya kerana mendapat keizinan suami.
Hakikatnya ia adalah diharamkan. Oleh itu seorang isteri seharusnya
menghindari bentuk dandanan yang diharamkan dalam islam, begitu juga
suami, suami yang baik tidak akan menyuruh isterinya melakukan perkara
yang diharamkan dalam islam. Apabila perbuatan
yang di atas tadi diharamkan islam dilakukan oleh para isteri muslimah
maka menggunakan cara-cara tersebut walaupun pada suami sendiri pun
diharamkan jua.
Oleh
itu para muslimah juga kepda seluruh kaum muslimin, janganlah melakukan
hal- hal seperti diatas tetapi perhatikanlah ajaran Allah S.W.T
dan redalah, pasrahlah kepadanya kerana memang itulah yang terbaik
untuk kita. Setiap peraturan atau larangan yang datang dari Allah S.W.T
seharusnya kita sambut dan turuti dengan baik.
*Artikel ini ditulis berpandukan buku yang bertajuk ’98 Golongan yang dilaknat Allah dan Rasulnya’. Muka surat 165-176 Cetakan
1996. Judul aslinya ialah “Mi’atun mimman la’nahum Allahu wa Rasuluhu” Karangan: Salam Nashif Ad Dahduh.
-credit to Amirullah-